Air yang tenang jangan disangka tiada BUAYA..

Secara definisinya, kita cuma mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pepatah mahupun bidalan yang telah diberikan mmg membawa  1001 erti kepada kehidupan.. Bagi aku, aku memperlihatkan maksud ertikata mahupun bidalan “Air yang tenang jangan disangka tiada BUAYA..” sungguh memberi satu persepsi yang amat jelas.

Merujuk lebih kepada sifat seseorang. Yang mana seseorang yang kita lihat baik dari segalanya, itu yang kita nampak. Tetapi sifat sebenar orang tersebut kita tidak ketahui.
Selalunya bidalan ini digunakan sebagai amaran kepada seseorang terhadap seseorang yang lain.

Justeru itu, kita seharusnya sentiasa berwaspada terhadap apa yang kita harus tentang mahupun hadapi. Apa yang aku lihat, sekiranya, kita ingin mencari pasangan hidup, jangan lah sekadar hentam keromo mahupun membabi buta.  Sebaik-baiknya aku menyarankan kenalpasti tidak pun selidiki seseorang itu dengan betul sebelum melakukan kata putus. Sebenarnya tidak terlalu mudah untuk kita mencari pasangan hidup, dan dengan cara terbaiknya, jangan terlalu mudah cair atau menerima seseorang seadanya.

Melalui pengalaman aku mahupun rakan-rakanku, terlalu ramai di kalangan kita terlalu gelojoh dan tidak teragak-agak menjadikan seseorang itu sebagai erti kata lain “Aweks” mahupun “Pakwe”…ahaha… dan secara implikasinya, berakhir dengan kekecewaan… uh sadis kot…ahaha…

Dengan ini, aku lebih menyarankan bahawa seandainya kita ingin mencari benar2 pasangan hidup kita hendaklah mengubah persepsi minda kita kepada teknik2 pengenalan dan ujian.

Pengenalan atau erti kata lain “Mengenali Seseorang”

Secara jujurnya, aku bukan lah seorang yang terlalu mudah untuk menerima seseorang, biarpun hati dan perasaan sentiasa berdegup kencang memaksa menerima nya, tetapi Alhamdulillah seandainya pegangan iman dan kita sentiasa memohon hidayah kepada Allah, insyaAllah, Allah sentiasa membawa kepada Siratul Mustakim…

Berbalik kepada point diaatas, “Mengenali Seseorang”, em, OK!! Mengenali seseorang kadangkala membuatkan kita ketawa dan mengalir air mata. Sesungguhnya mengenali seseorang memberi kita sejuta rasa untuk menghadapinya. Tapi sedarkah kita, mengenali seseorang itu merupakan SATU ANUGERAH yang amat bernilai. Biarpun kehadiran seseorang itu seketika dan hanya sementara.

Persahabatan itu bermula dengan perkenalan,melalui perkenalan akan timbul sesuatu perasaan kasih sayang, dan melalui kasih sayang akan wujudnya perasaan cinta…

Jadi, mensyukuri dengan apa yang kita ada adalah kaedah terbaik berbanding, mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.

Ujian @ Menguji Seseorang

Dalam perhubungan tidak semua nya sentiasa manis, namun terdapat juga bibit2 yang kurang menyenangkan. Dengan itu, kita seharusnya memandang sesuatu kearah yang lebih postive… Yea, positive!!. Tapi, tidak terlalu mudah untuk membawa kita kearah positive thingking. Dengan itu, pemikiran kita seharusnya sentiasa bersih untuk membawa kita kearah pemikiran yang wajar.

Hmm… Ujian xpon menguji seseorang bukan lah terlalu mudah untuk dilakukan.  Untuk menguji seseorang untuk memperlihatkan sikap mahupun tingkah laku mereka, kita hendaklah mengambil segenap masa untuk mendapatkan keputusan yang wajar. Awas!! janganlah terlalu mudah tewas dengan kata2 manis. It is about protecting people..dont do this in the future:

1) believe people so easily
2) fall in love so easily
3) forgive easily either


Emm, berbalik kepada mainpoint kita, menguji sesorang memang dan seharusnya mengambil masa, kerna melalui pengenalan yang singkat seandainya kita tidak berwaspada, kita akan mudah terjerat didalam sangkar kekecewaan. Justeru itu, kita hendaklah menguji sesorang melalui tindakan yang postive.  Antaranya ialah:-

1.Perhatian

Salah satu cara dalam menilai seseorang adalah perhatiannya.Katakan padanya hal yang penting yang terjadi dalam hidup anda dan lihat apakah dia menanggapi atau mencari tahu lebih jauh.Jika dia tidak melakukan hal itu, cubalah hubungi dia dan apakah dia menyinggung hal itu.

2.Kesetiaan

Ceritakan sebuah rahasia seorang teman dekat anda dan lihat apakah dia bertindakbalas atau tidak. Teman sejati tahu erti kepercayaan dalam hubungan. Pasitkan bahawa dia memperlihatkan keberatan kerana anda menceritakan rahsia seorang teman pada orang lain.

3.Kebanggaan

Seorang teman sejati akan bangga dengan prestasi anda, bukannya iri dengan kesuksesan anda. Lihat pula bila mendatangi anda ketika anda menerima berita baik, bukan hanya berita buruk. Bukan sebaliknya, dia hanya mendatangi anda untuk menghibur tatkala anda menerima berita buruk.

4.Kejujuran

Teman sejati selalu mahu memceritakan hal-hal yang tidak ingin anda dengar.

5.Penghargaan

Katakan kepadanya bahawa ada sesuatu yang menyenangkan atau sesuatu yang baik yang sedang terjadi dalam hidup anda. Lihatlah, apakah dia mendesak anda untuk menceritakannya atau tidak. Teman sejati akan menghormati harapan-harapan anda dan memberi anda kesempatan untuk meraihnya tanpa memaksakan pengetahuanya . Dia mungkin akan terus menyinggungnya kerana tertarik, tetapi dia tidak akan serta merta dan terus menerus mendesak anda untuk menceritakannya apabila anda sudah menegaskan bahawa anda tidak ingin menceritakannya sekarang.

6.Pergorbanan

Apakah dia mau mengorbankan sesuatu jika hal itu membuatkan anda senang?Relakah dia mengorbankan kesenangannya sendiri untuk kebahagian anda?Perhatikan apakah dia berfikir atau berencana untuk membantu anda ataukah dia dilihatkan mendahulukan dan berusaha menyelamatkan kepentingannya sendiri.

Kesimpulanya, cukuplah, sekadar beberapa celoteh aku kepada mereka yang ingin mencari teman sejati mahupun pasangan hidup. Jadikan lah pesanan aku nie sekadar gurauan dan ingatan seandainya tersemat kata menghuris atau mencantas segala fikiran kolot…

Salam Sejahtera :-

fakhrulfbi

One response to this post.

  1. Posted by laila on 19/01/2011 at 12:29 am

    yea..thats right..jgn cepat menilai org..dont judge book by its cover..( beto ke x ni??) erm..tidak perlu mengejar cinta..kerana cinta yang di cari pasti akan pergi.. biar lah Allah yang menentukan.Dia Maha Mengetahui ape yang terbaik untuk setiap hambaNya..~~jodoh itu rahsia Allah~~

    Reply

Leave a comment